Privacy Notice

Julai 07,2014

Tuan/Puan,

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

  1. Terima kasih kerana memilih Promenade Hotel Apartments Sdn Bhd (PHA) sebagai tempat penginapan anda.

  2. Dengan berkuatkuasanya Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta"), PHA sebagai pengguna data dikehendaki untuk memastikan privasi data peribadi pelanggan yang telah diberikan atau sedang digunapakai atau diselenggara oleh PHA dipelihara dan dilindungi.

  3. Justeru itu, kami ingin memaklumkan bahawa data peribadi dan segala maklumat anda yang telahdiberikan kepada PHA semasa pendaftaran masuk atau tempahan melalui laman web atau akandigunakan dan diproses oleh PHA bagi tujuan menyediakan produk dan perkhidmatan kami serta perkhidmatan berkaitan yang lain.

  4. Sebagai tetamu PHA , anda beraku janji, mengakui dan bersetuju bahawa PHA boleh:

    A) Mengumpul, menyimpan, memproses dan mengguna kan Data Peribadi anda selaras dengan Polisi Privasi PHA seperti yang dinyatakan dalam web kami di www.promenadeapartment.com; dan

    B) Menzahirkan dan berkongsi Data Peribadi anda di kalangan kumpulan syarikat, ejen yang diberi kuasa dan pembekal perkhidmatan (yang telah bersetuju untuk menyimpan Data Peribadi tersebut secara sulit) bagi tujuan menyediakan produk dan perkhidmatan serta perkhidmatan berkaitan yang lain dan bagi tujuan lain.

  5. Adalah menjadi satu kewajiban mandatori untuk anda memberikan Data Peribadi kepada kami. Jika anda enggan memberikan dan tidak membenarkan Data Peribadi anda digunakan bagi tujuan- tujuan yang telah dinyatakan, ia boleh menghalang anda untuk melanggan atau menggunakan sepenuhnya produk dan perkhidmatan kami yang mana pihak kami tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya perkara tersebut berlaku.

  6. Anda berhak untuk mengakses Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami dan membuat permintaan untuk mengemaskini atau membuat pembetulan Data Peribadi yang tidak tepat ataumengelirukan atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi dengan menghantar pemohonansecara bertulis tau e-mel kepada alamat dinyatakan di bawah.

  7. Jika anda tidak bersetuju data peribadi digunakan oleh kami bagi tujuan penghantaran apa-apa bahan pemasaran atau anda enggan dihubungi oleh kami bagi apa-apa penjualan dan promosisebarang produk atau perkhidmatan, sila maklumkan kepada kami secara bertulis dengan menyatakan nama dan kad pengenalan anda kepada alamat berikut:

    Promenade Hotel Apartments Sdn Bhd
    3-G-17, Lorong Api-Api 2, Api-Api Centre
    88000 Kota Kinabalu, Sabah
    Tel : 088-Z60 888 Fax: 088-Z61 818

    Atau, anda boleh menghantar e-mel ke admin@promenadeapartment.com.my

  8. Kami percaya bahawa anda memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat di atas yang berkaitan dengan pemprosesan Data Peribadi anda. Sekiranya kami tidak menerima sebarang maklumbalas daripada anda berhubung dengan penggunaan Data Peribadi anda dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis ini, anda dianggap bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan di sini.


Yang benar,

Promenade Hotel Apartments Sdn Bhd


(* Child must be below 12 years old)
    (Click here if calender not working.)